RAHSIA TUKAR GANDA SILVER YANG MENGUNTUNGKAN

Tuesday 11 October 2011

MASA UNTUK BERTUKAR KEPADA EMAS DAN SILVER - Bila melabur saham jadi tidak realistik

       




05/10/2011 utusan online

KUALA LUMPUR 4 Okt. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata adalah tidak realistik untuk melabur dalam pasaran saham dengan berharap harganya akan meningkat.
Malah, tindakan itu tidak menyumbang kepada ekonomi negara, kata beliau.
Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut ucapan beliau mengenai pelaburan saham yang tidak realistik pada majlis pelancaran Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF) 2011 di sini hari ini.
Beliau menyifatkan pelaburan dalam pasaran saham semasa sebagai tidak realistik dan umpama memperjudikan nasib.
Katanya, pelaburan dalam saham-saham yang tidak menentu untung atau rugi tidak menyumbang secara langsung kepada ekonomi negara.
Malah, katanya, pelaburan jenis itu hanya untuk mereka yang ingin wang melalui jualan singkat (short selling).
''Saya fikir jika anda melabur dalam pasaran saham kerana saham sesebuah syarikat membuat untung dan anda menjangkakan mendapat keuntungan daripada dividen, itu adalah realistik.
''Tetapi apabila anda melabur dalam pasaran saham dengan berharap harga saham meningkat naik, ia tidak akan menyumbang terhadap ekonomi,'' jelas beliau.
Beliau juga berkata, Eropah kini turut menyatakan mereka menentang penjualan singkat kerana ia bukan satu perniagaan yang menyumbang kepada ekonomi.
Ketika ditanya tentang pakatan rakyat yang mengumumkan belanjawannya sendiri hari ini, Mahathir menjawab, ia menyenangkan lagi kerja kerajaan.
''Senang... bila mereka mahu belanja duit yang kita tidak ada. kita tidak boleh kawal, kita pun senang belanja,'' tambah beliau.

No comments:

Post a Comment